Home > politik > Majoriti 5000: BN yakin capai sasaran

Majoriti 5000: BN yakin capai sasaran

Sasaran majoriti 5000 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N05 Tenang tidak menjadi satu tekanan kepada jentera parti Barisan Nasional (BN) bahkan yakin sasaran tersebut akan dicapai.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan juga menolak dakwaan kononnya kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencapai sasaran majoriti 5000 undi itu menjadikan jentera parti hilang fokus dan kurang yakin.

Beliau yang ditemui di Pusat Media Jabatan Penerangan Tenang berkata, BN pernah menang dengan jumlah undi melebihi 5000 undi di DUN Tenang pada tahun 2004, dari segi logiknya tidak mustahil untuk mendapatkannya semula.

Sebabnya seperti di Galas, kata Ahmad, “daripada kalah kita boleh menang, begitu juga di Hulu Selangor, di Bagan Pinang BN berjaya mengatasi majoriti sebelumnya dan kita mendapat majoriti berganda di Batu Sapi, maka berdasarkan ‘trend’ itu usaha kearah itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.”

Ketika ditanya tentang corak kempen yang dilihat tidak ‘meriah’ dan lesu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, “ada dua jenis program yang kita adakan, pertama program besar yang mendapat liputan media secara meluas dan program kedua berskala kecil di bawah Penerangan UMNO.”

“Kita ada berbelas program dan ceramah sehari tetapi kita tidak hebohkan dan tidak mendapat liputan media, kita adakan perjumpaan secara kecil di rumah-rumah pengundi,” tambahnya. Katanya, “saya yakin kerana saya berada di sini setiap hari.”

Menurut Ahmad, strategi pengarah PRK DUN Tenang Datuk Abdul Ghani Othman lebih memberi tumpuan terus kepada pengundi dan ianya lebih berkesan.
Manakala soal lesu dan semacam tidak ada kempen, Ahmad berkata, “ianya tidak penting kerana saya bergerak hingga hari akhir kempen.”

“Kita positif dengan sokongan semua kaum tanpa mengambilkira ianya dari kawasan kampung tradisi, peneroka Felda, kawasan Cina, India atau Melayu.
Kita akan terus berusaha menemui seberapa ramai yang boleh pengundi di Tenang ini untuk memastikan kejayaan BN”, ujarnya.

Beliau sebelum itu menunjukkan kepada media risalah 105 perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri sejak tahun 2004 kepada masyarakat Felda.
Risalah itu akan disebarkan kepada peneroka sebagai usaha untuk menangkis propaganda pembangkang mengenai Felda.- Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: