Home > politik > ADUN Merlimau diserang sakit jantung

ADUN Merlimau diserang sakit jantung

ADUN Merlimau diserang sakit jantung

MELAKA 13 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di sini hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.

“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang ini.

Categories: politik
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: