Home > politik > Khir Toyo serah balik sementara gelaran ”Datuk Seri”

Khir Toyo serah balik sementara gelaran ”Datuk Seri”

SHAH ALAM 12 Jan. – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau telah memulangkan sementara pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran ”Dato Seri”.

Mohamad Khir menulis dalam blognya di http://www.drkhir.com hari ini bahawa tindakan itu diambil selepas beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung tuduhan rasuah membabitkan pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7 di sini.

Katanya, pada pertengahan Disember 2010 yang lalu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato Seri.

“Hari ini Dewan Diraja (Selangor) telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

“Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung (berhubung kes),” katanya.

Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang berkata, berikutan itu, semua media dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja – Sumber dari Utusan Online…

Categories: politik Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: