Home > Uncategorized > KBS sedia hadapi keadaan terburuk

KBS sedia hadapi keadaan terburuk

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk berdepan ‘keadaan terburuk’ berikutan peletakan jawatan jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek, sekiranya beliau masih tidak berganjak dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berharap, keputusan mengejut Misbun itu bukan atas kepentingan peribadi semata-mata.

“Apa pun keputusan yang dibuat (oleh Misbun) mesti berasaskan kepada kepentingan negara. Kepentingan negara mengatasi segala-galanya… mesti mengatasi kepentingan peribadi sesiapa saja.

“Kalau ini dianggapnya sebagai terbaik untuk negara, maka kita akan terimalah keputusannya itu,” katanya, sambil menambah Misbun bertanggungjawab menjelaskan punca sebenar kenapa beliau berbuat demikian.

Ahmad Shabery bercakap demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil Persatuan Pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Sedunia di Coritiba, Brazil yang akan berlangsung pada 9 hingga 14 Januari ini.

Jelas Ahmad Shabery, beliau juga akan bertemu Misbun secara peribadi dalam tempoh terdekat, bagi mengetahui puncanya termasuk sejauh mana kebenaran timbul masalah di antara beliau dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Insya-Allah saya akan bertemu dengan Misbun nanti, tapi biarlah dia bertenang terlebih dahulu.

“Saya juga menunggu kepulangan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh dari luar negara bagi membincangkan perkara ini bersamanya. Saya ingin dengar daripada kedua-dua pihak,” ujar beliau.

Berhubung kemungkinan anak didik Misbun yang juga jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengikuti jejaknya meninggalkan BAM, Ahmad Shabery berkata, beliau faham mengapa.

Jelasnya, ini kerana Chong Wei menganggap Misbun tidak sekadar sebagai seorang jurulatih, malah sangat rapat seperti seorang bapa dan sudah tentu pemain nombor satu dunia itu berasa kurang senang di atas apa yang berlaku. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: