Home > Uncategorized > Jangan sampai atlet jadi mangsa kemelut persatuan

Jangan sampai atlet jadi mangsa kemelut persatuan

SHAH ALAM 4 Jan. – Semua permasalahan yang timbul dalam persatuan-persatuan sukan di negara ini perlu ditangani dengan bijaksana bagi mengelak atlet menjadi mangsa keadaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Kalau boleh, saya mahu kerajaan kurang campur tangan (dalam menyelesaikan masalah yang timbul).

“Kita (Kementerian Belia dan Sukan) mahu memberi kebebasan kepada persatuan-persatuan sukan membuat keputusan dan membina sistem yang baik dalam bidang sukan mereka.

“Bagaimanapun, kerajaan berhak untuk mengambil tahu apa punca atau sebab isu seperti ini berlaku. Saya tidak mahu ia mengganggu kemajuan sukan kita di masa depan,” katanya merujuk kepada isu P. Arivalagan yang kontraknya sebagai jurulatih karate tidak diperbaharui oleh Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) dan akan digantikan oleh jurulatih luar negara serta juga isu tindakan mengejut Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.

Ahmad Shabery ditemui pemberita di Pusat Kecemerlangan Proton di sini hari ini selepas majlis pelancaran pasukan rali Proton R3 dan penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan berkenaan yang akan menyertai Kejohanan Rali Antara Benua (IRC) dan Kejohanan Rali Asia Pasifik Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: