Home > Uncategorized > Dakwa ada bukti salah laku seks Anwar: Siasat Karpal

Dakwa ada bukti salah laku seks Anwar: Siasat Karpal

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pengerusi DAP, Karpal Singh wajar disiasat berkaitan pengakuannya pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Persatuan Peguam Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, siasatan lanjut harus dibuat terhadap dakwaan Karpal itu bagi menjamin keadilan sebenar dapat ditegakkan.

“Bagi pihak persatuan bila timbul isu seperti ini kita berpandangan ia perlu disiasat. Dalam kes jenayah tidak ada tempoh waktu untuk lakukan siasatan seperti kes sivil di mana siasatan hanya boleh dilakukan dalam tempoh enam tahun,” katanya ketika diminta mengulas entri laman blog anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim semalam.

Zahrain merupakan orang keempat yang membangkitkan isu pengakuan Karpal itu, selain anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang turut mempersoalkan ”motif” Karpal untuk menjadi peguam bela Anwar dalam kes liwat terbaru. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: