Home > Uncategorized > Nik Aziz akui bertemu PM, penjelasan dalam 24 jam

Nik Aziz akui bertemu PM, penjelasan dalam 24 jam

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.

Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam,” katanya.

Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada menteri besar berhubung perkara itu

Categories: Uncategorized Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: