Home > Uncategorized > Isu FELDA harus diperjelas dengan segera: Isa Samad

Isu FELDA harus diperjelas dengan segera: Isa Samad

PORT DICKSON: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang baru dilantik meneraju Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkata, isu berkaitan organisasi itu harus diperjelaskan pada kadar segera.

Langkah itu katanya amat penting bagi mengelak golongan peneroka terus menjadi mangsa kepentingan politik pembangkang.

PORT DICKSON: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang baru dilantik meneraju Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkata, isu berkaitan organisasi itu harus diperjelaskan pada kadar segera.

Langkah itu katanya amat penting bagi mengelak golongan peneroka terus menjadi mangsa kepentingan politik pembangkang. “Ini kerana mengikut fikiran pembangkang melalui pencetusan keraguan pada kalangan peneroka ini, sedikit demi sedikit akan menghakis kepercayaan peneroka dengan kerajaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau yang ditemui selepas merasmikan Karnival Juara Rakyat Ladang Parlimen Teluk Kemang bagaimanapun yakin peneroka Felda tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang hanya membangkitkan isu itu sejak kebelakangan ini.

“FELDA tidak ada banyak masalah. Kalau benar fitnah pembangkang itu (tanah rancangan) FELDA sudah lama kosong,” katanya.

Mohd Isa berkata beliau juga sudah masak dengan taktik pembangkang dan akan menggunakan pengalaman politiknya untuk menangkis tohmahan mereka terhadap organisasi tersebut.

“Dalam pilihan raya umum yang lalu majoriti peneroka FELDA menyokong kerajaan…segelintir saja tidak menyokong,” katanya.
Malah katanya, masyarakat di tanah rancangan FELDA tidak mempunyai asas untuk menolak kerajaan sedia ada memandangkan ramai yang telah dapat membaiki taraf hidup menerusi program itu.

Hakikatnya kata Mohd Isa, pembangkang tidak menghargai tanah rancangan FELDA pada awal penubuhannya namun kini mempolitikkan beberapa isu berkaitan organisasi itu bagi mendapatkan undi

Categories: Uncategorized Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: