MANIFESTO BARISAN NASIONAL

MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN

Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.
Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, “Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya.”
Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat.
Para pengasas negara kita sering menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan. Nilai-nilai yang sama itulah yang menjadi panduan kepada saya dalam memikul tugas dan tanggungjawab ini.
Rekod Kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas. Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh. Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa.
Dasar Wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dilancarkan pada 1991, dan selepas 22 tahun, saya gembira menyatakan bahawa dasar-dasar Kerajaan BN yang dirancang dengan berhemat dan prihatin itu telah meletakkan kita pada landasan ke arah mencapai Wawasan 2020.
Dalam kita menuju Pilihan Raya Umum Ke-13, saya, sebagai pemimpin BN, dengan rendah diri memohon mandat daripada anda untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu. Saya minta diberi peluang untuk memimpin sebuah Kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.
Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya.
Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!
Salam Hormat,

Page 4 & 5
MENGAPA BN?
Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat
Kita perlu mempertahankan apa yang telah kita capai – Kita tidak boleh gadaikan apa yang dikecapi, kita tidak boleh perjudikan masa depan kita
Kerajaan yang lemah mudah goyah – Kita perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya
Kita perlu kerajaan yang kuat dan berkeupayaan untuk menjamin kesinambungan perpaduan, kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan
Berkhidmat untuk rakyat – Kita percaya kepada keadilan sosial dan menjadi inklusif, menyentuh hati nurani dan meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama
Rekod pencapaian
Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan – Kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji
Selama ini, Kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia
Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini – Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali lakukan uji kaji dengan masa depan kita
Kami telah buktikan – BN sentiasa melakukan penambahbaikan. Sepanjang empat tahun lalu, kami mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian
Pengalaman
Kami berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya – Politik kami adalah politik perpaduan
Kami telah buktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran – Sudah berkali-kali, kita berjaya keluar daripada krisis dengan lebih gagah
Kami adalah gabungan yang dinamik – Kami sesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip

Gerakan Kesederhanaan
Kami amalkan formula perkongsian kuasa yang efektif – Kami tolak politik benci- membenci dan pecah belah
Kami hormat dan terima kepelbagaian agama dan kaum – Kami membina jambatan: Kami tidak merobohkannya
Kami menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik – Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan

Perkongsian kuasa telah teruji
Gabungan pelbagai parti kami telah teruji – Selepas 55 tahun, ia masih mewakili semua lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia
Kami percaya kepada kesinambungan – Para pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh
Kami amalkan politik konsensus dan keterangkuman – Semua pendapat diambil kira, semua suara didengar

Memenuhi kehendak rakyat
Berkongsi harapan dan aspirasi anda – Berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua.
Memperkasa rakyat –Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar
Menepati Janji Membawa Harapan _ – Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

“HARAPAN BUKAN SUATU MIMPI TETAPI JALAN MENJADIKAN IMPIAN SUATU REALITI”
Muka surat 6
MENANGANI KOS SARA HIDUP
Kesungguhan kita untuk menyediakan keperluan asas dan perkhidmatan pada harga yang rendah dibuktikan dalam produk 1Malaysia seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia.
Di Sabah dan Sarawak, Skim Penyeragaman Harga, subsidi pengangkutan dan KR1M sangat membantu menurunkan harga barangan. Dasar Agro Makanan Negara telah diperkenalkan untuk memastikan harga bekalan asas makanan terjamin dan terjangkau.
Untuk semua rakyat, bantuan RM100 setiap pelajar dan RM250 skim Baucar Buku 1Malaysia membantu meringankan beban perbelanjaan. Bantuan BR1M untuk isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula memberikan kelegaan yang disambut baik oleh banyak pihak.
Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan
Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia
Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja
Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
Memperkenalkan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas
Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta
Setakat ini, kami telah:
Memperuntukkan RM6.4 bilion pada 2012-2013 untuk BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan
Membelanjakan RM586 juta dalam tempoh dua tahun terakhir untuk Skim Penyeragaman Harga bagi memastikan harga barangan asas di Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Semenanjung
Membuka 85 KR1M di seluruh negara
Membuka empat jelapang padi baharu dengan gabungan keluasan 19,000 hektar
Membelanjakan RM134.8 bilion sejak 2010 bagi pelbagai subsidi seperti beras, tepung, gula, bahan api dan bahan tenaga serta bantuan pendidikan dan kebajikan sosial
Memperuntukkan RM150 juta untuk mewujudkan 100 buah Pusat Internet 1Malaysia dalam bandar untuk manfaat golongan miskin bandar
Melaksanakan inisiatif rasionalisasi subsidi bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan
Memperkenalkan geran pelancaran RM10,000 dan pengecualian cukai untuk penubuhan pusat jagaan harian dan pendidikan awal kanak-kanak

“Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat akhir kita”
Muka surat 8
MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR
Hari ini, lebih daripada 70 peratus penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar. Kerajaan BN telah memulakan, malah akan melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan struktural besar bagi menangani corak populasi semasa.
Lebih banyak langkah akan diambil untuk memastikan pusat bandar dibangunkan secara sistematik dan terancang bagi mengekalkan kualiti hidup mereka yang tinggal di bandar.
Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar
Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi
Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan

Setakat ini, kami telah:
Membuka 3 Anjung Singgah yang menyediakan perlindungan sementara, makanan dan rundingan kerjaya kepada golongan gelandangan
Membuka 6 lagi Anjung Singgah di kawasan bandar
Menambah peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia kepada RM40 juta pada 2013
Membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memastikan kelancaran perkhidmatan awam dan swasta di Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh
Membuka 6 lagi UTC di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching
Melaksanakan Skim Insurans Berkelompok penjaja dan peniaga kecil

“Kita mesti seimbangkan kemampuan Kerajaan supaya selain daripada memberi penekanan kepada agenda luar bandar, kita mesti berusaha meningkatkan kesejahteraan komuniti bandar supaya kita juga memperjuangkan kemakmuran bandar”

Muka surat 9

MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK
Dasar Kerajaan BN selama bertahun-tahun adalah memastikan bekalan semua jenis rumah untuk rakyat mencukupi. Tempoh lima tahun terakhir ini menyaksikan pertambahan pembinaan projek rumah mampu milik di negara ini yang dilaksanakan untuk menentukan bekalan rumah berterusan.
Selain membina rumah baharu, masalah unit-unit rumah yang perlu dinaik taraf dan dibaiki juga ditangani oleh Kerajaan BN dengan memberi peruntukan dana RM500 juta. Sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk membaiki rumah nelayan di seluruh negara.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan
Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet
Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000
Setakat ini, kami telah:
Komited membina 23,000 pangsapuri kos rendah dan sederhana, Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu Milik pada 2013
Memperuntukkan RM543 juta untuk 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat bagi pembinaan 20,500 unit rumah
Memulihkan 126 projek perumahan terbengkalai melibatkan 30,000 unit
Menyediakan RM307 juta pada 2012-2013 untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai
Menyediakan kemudahan tabung RM1.2 bilion untuk PR1MA bagi pembinaan 80,000 rumah di lokasi permintaan tinggi pada 2013
Memberi pengecualian duti setem sebanyak 50% bagi pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah pertama bernilai sehingga RM400,000

“ Kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Ini bukan sahaja satu imperatif yang bersifat ekonomi, malahan ia adalah imperatif moral bagi sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab”
Muka surat 10

4. PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
Kerajaan memberi subsidi kepada 90% perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi memastikan rakyat mendapat rawatan berkualiti pada harga terendah. Klinik 1Malaysia telah pun memperluaskan rangkaian pusat rawatan pesakit luarnya dan Kerajaan juga menaik taraf klinik di kawasan luar bandar dan bandar di seluruh negara.
Dalam memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan negara yang berkembang, lebih banyak tumpuan diberikan ke arah memperkenalkan perkhidmatan kesihatan yang mampu dibayar dan penjagaan menyeluruh kepada mereka yang menghidap penyakit akibat gaya hidup dan penyakit-penyakit yang boleh membawa maut. Perhatian khusus juga mesti diberikan untuk menjaga populasi tua dan golongan yang memerlukan rawatan khusus dengan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan kaedah diagnostik.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik

Setakat ini, kami telah:
Memperuntukkan RM66.1 bilion untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dari 2010-2013
Komited untuk menaik taraf 350 klinik Kerajaan dan membuka 70 buah lagi Klinik 1Malaysia sebagai tambahan kepada pembinaan 175 buah klinik itu pada akhir 2012
Menyediakan kemudahan ujian urin dan kolesterol di Klinik 1Malaysia
Memperuntukkan dana membeli 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan di seluruh negara
Memperkenalkan program tukar jarum dan penggantian methadone bagi mengurangkan kes-kes baharu HIV sejak 2005

“Sistem penjagaan kesihatan rakyat Malaysia akan diubah menjadi sistem yang lebih cekap dan berkesan dalam memastikan semua orang berpeluang mendapat penjagaan kesihatan”

Muka surat 11
5. KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM
Walau sepantas mana negara kita membangun, jalan raya tidak akan cukup untuk menampung keperluan kenderaan yang terus bertambah bilangannya. Justeru, sistem pengangkutan awam yang cekap dan boleh diharap amat diperlukan.
Kerajaan BN telah membina sistem LRT, Monorel dan Komuter serta menambah perkhidmatan bas untuk memenuhi pertumbuhan pengangkutan awam. Pertambahan laluan LRT dan Komuter akhirnya akan menggabungkan sejumlah 34km landasan baharu dan 13 stesen baharu untuk kawasan Kelana Jaya dan Ampang di Lembah Klang.
Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya
Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter
Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar
Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar
Setakat ini, kami telah:
Memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura
Melaksanakan projek MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, Komuter, Monorel dan rangkaian bas bandar
Mengembangkan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti tinggi menerusi RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan
Menyediakan kemudahan pinjaman mudah untuk pengusaha bas antara bandar, bas mini dan bas sekolah menerusi Tabung Pengangkutan Awam berjumlah RM150 juta yang diuruskan oleh Bank SME
Menambah 478 bas baharu untuk RapidKL dan memperkenalkan enam laluan Transit Bas Ekspres Lebuh Raya untuk mengurangkan masa perjalanan bas-bas awam
“Saya percaya antara isu yang memberi kesan kepada kebanyakan rakyat ialah peningkatan kualiti dan akses kepada perkhidmatan pengangkutan awam”

Muka surat 12
6. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR
Kerajaan BN sentiasa menaik taraf infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi mendorong produktiviti dan ekonomi. Pembangunan infrastruktur juga membuka bidang pertumbuhan baharu yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat.
Bagi manfaat komuniti luar bandar, kami telah membina beribu-ribu kilometer jalan raya, menggali beribu-ribu kilometer untuk memasang paip air, mendirikan beribu-ribu tiang elektrik dan memasang beribu-ribu kilometer talian komunikasi di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Muka surat 13
Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping
Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat
Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk
Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak
Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara

Setakat ini, kami telah:
Memansuhkan tol di Jalan Kuching, Kajang dan Cheras
Mengurangkan kadar tol Plaza Petaling Jaya Selatan 2 di Lebuh Raya Pantai Baru dan Plaza Sunway dan Kemuning di Lebuh Raya Kesas
Membekukan selama 5 tahun kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah, Lebuh Raya Link Kedua, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu
Memperuntukkan RM18.7 bilion pada 2010-2013 untuk pembangunan infrastruktur luar bandar
Komited untuk membina 441km jalan raya menghubungkan kampung dan kawasan luar bandar pada 2013 untuk faedah 220,000 penduduk kampung
Memperluaskan bekalan air kepada 24,000 rumah dan bekalan elektrik kepada 19,000 rumah pada 2013
Memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar bagi memastikan penekanan sama rata diberikan untuk pembangunan kawasan luar bandar
Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan perkhidmatan perniagaan bersepadu

“Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk mengubah kehidupan rakyat kawasan luar bandar supaya kita boleh menyediakan pembangunan seimbang untuk semua”

Muka surat 14

7. MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF
Walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi di kebanyakan negara dunia, Malaysia masih mampu menguruskan impak kemelesetan ekonomi global dan mempertahankan pertumbuhan ekonominya. Ia tidak berlaku secara kebetulan tetapi hasil perancangan berhati-hati dan strategik yang dirintis oleh Kerajaan BN dan disokong oleh rakyat.
Kami komited memperbaiki lagi kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing global.
Ekonomi berpendapatan tinggi, yang dipacu pelbagai inisiatif transformasi termasuk penekanan terhadap kreativiti dan inovasi berasaskan kepada pengagihan sama rata dan adil yang inklusif dan berdaya saing, akan mendorong Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.
Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kekayaan
Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal
Mempertingkatkan agenda Bumiputera (termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak) menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi
Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan
Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME
Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan syarikat Malaysia
Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera
Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%
Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India
Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil

Setakat ini, kami telah:
Menubuhkan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion untuk menggiatkan dana aktiviti penyumberan luar dan pengambilalihan teknologi oleh syarikat Malaysia
Menyediakan kemudahan pinjaman kepada penjaja kecil dengan pinjaman sehingga RM25,000 untuk licensees dan RM500,000 kepada licensors
Menyediakan tabung untuk SME menerusi dana RM1 bilion yang diuruskan oleh Bank SME
Menubuhkan TERAJU sebagai unit setempat untuk melaksanakan dan memantau agenda Bumiputera
Memperkenalkan dasar bersaing sesama sendiri dan berasaskan merit untuk semua projek melebihi RM500 juta bagi syarikat Bumiputera
Menyediakan RM2 bilion dari 2008-2013 kepada TEKUN untuk usahawan kecil, termasuk peruntukan khusus RM50 juta kepada komuniti India pada 2013 sahaja
Menubuhkan Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan kemudahan kredit mikro sehingga RM8 bilion terutama untuk usahawan kecil wanita
Menyemak semula Akta Bankrap bagi memberi peluang kedua kepada golongan yang diisytihar bankrap dan mereka yang disenarai hitam
Menyediakan dana tambahan RM600 juta pada 2013 untuk pembangunan komuniti perniagaan Bumiputera
“Adalah jelas cerita kejayaan pembangunan Malaysia bukan dilakar di bilik mesyuarat di bangunan pencakar langit… kejayaan ini hasil kerja keras semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kepercayaan, jantina atau status sosioekonomi”

Categories: politik

Kisah Lahad Datu

RM 2 Juta SUARAM Biayai Penceroboh Sulu
http://t.co/mB88QUU5U3

Muhammad Faiz Hashim •UMNO Indera Mahkota• PERKASA Pahang•SAM1M: Info Pemuda UMNO Indera Mahkota (PPUIM)

KISAH LAHAD DATU

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.

7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.

8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.

9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.

14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.

15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.

16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT

17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.

18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.

19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.

20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.

21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.

MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION

22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700

23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.

24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.

25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.

52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC

29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.

30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.

SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI

32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.

33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.

34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.

37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.

PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA

38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.

39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.

40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.

41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.

42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.

SYABAS MALAYSIA

Categories: politik

DONG ZONG (DZ) @PERSEKUTUAN PERSATUAN LEMBAGA PENGURUS CINA TELAH MENGADAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2013 PADA 17 FEB 2013.

MAJLIS PERTAMA BERSAMA PEMIMPIN BN JAM 0950 – 1030, DI KHEMAH KAWASAN LAPANG DJZ, LOT 5, SEKSTEN 10, JALAN BUKIT, KAJANG. HADIR LEBIH KURANG 2500 ORANG ANTARANTA PM, DATO SERI DR CHUA SOI LEK, TAN SERI DR KOH TSU KOON, DATUK SERI LIOW TIONG LAI, DATO SERI ONG TING KEAT, DATO DR WEE KA SIONG, DATO SERI DONALD LIM SIAU CHAI, TAN SERI ROBERT PHANG, RONNIE LIU, YAPSIN TIAN, PENGERUSI DZ DAN CHOW SIEW HON, TIMB. PENGERUSI DZ.

SEMASA KEHADIRAN PM, 4 PLAKAD I LOVE PM TURUT DIPAMERKN DAN TIADA SEBARANG UCAPAN DUSAMPAIKAN. PM JUGA MELUKIS KALIGRAFI TULISAN CINA GO HI FAT CHAI DAN MENGGAUL YEE SANG.
PADA 17 FEB 2013, JAM 1130 – 1230, DZ TELAH MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU KALI KEDUA BERSAMA PEMIMPIN PEMBANGKANG. HADIR 2500 ORANG ANTARANYA DSAI, LIM KIT SIANG, CHUA TIAN CHANG, DATO MAHFUDZ OMAR, DATUK TASLIM MOHD IBRAHIM, PRESIDEN NIAT, CHARLES SANTIAGO, AKTIVIS NGO, TAN KOK WEI, TIMB PENGERUSI DAP PUSAT, WONG TACK, PENGERUSI HIMPUNAN HIJAU DAN RONIE LIU. TIADA SEBARANG UCAPAN DISAMPAIKAN DAN UAPACARA MAJLIS TERMASUKLAH MENGGAUL YEE SANG DAN MELAWAT GERAI PAMERAN BUKU DJZ. SEMASA DSAI BEREDAR LAUNGAN ‘REFORMASI’ DAN ‘HANCUR2 BN’ TURUT DILAUNGKAN.

ANTARA INTIPATI KENYATAAN AKHBAR YAP SIN TIAN: MENYATAKAN KEHADIRAN DAN LAWATAN PM KE MAJLIS INI TURUT MENGHARGAI PERJUANGAN ISU PENDIDIKAN CINA, MENYATAKAN SEMPAT BERBINCANG DGN PM BERHUBUNG ISU PENDIKAN CINA, MENYATAKAN PM AKAN BERBINCANG DGNNYA BERHUBUNG ISU PENDIDIKAN CINA SELEPAS TAHUN BARU CINA NANTI. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik

Harga minyak di Malaysia kelapan paling murah di dunia

Harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia, demikian mengikut kajian dibuat oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg.

Mengikut kajian bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia Tenggara.

Kajian dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy Information Administration dari Amerika Syarikat (AS).

Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.

Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark.

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).

Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen) Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik

14 Februari bukanlah hari (“KASIH SAYANG”) / (Valentine Day)

Tp, 14 Februari adalah “Hari kematian pastur” Yg bernama J. Valentina, yg mati bunuh diri karena tidak bisa bersatu dengan kekasihnya. Pada malam itu mereka tlah melakukan hubungan terlarang kemudian mereka bunuh diri bersama2. Kita tlah dibodohi 5 org Yahudi yg benci islam, Jangan rayakan Valentine day wahai umat Rasulullah!!

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Rasulullah SAW bersabda “Sebarkan walaupun sepotong daripada ayatku”!!! Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik

Kajiselidik PRU 13 oleh IPTA Nasional

Kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR. Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang turut menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%. Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini. Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti. Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato’ Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%. Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%. Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu. Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh. Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang. Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES. Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai ‘sejarah’ tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL. Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan. Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih ‘obses’ dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca. Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan ‘mentaliti’ seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara…. Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari ‘sifat’ politik media tersebut. Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang.Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik

BN Muar tiada bilik gerakan!! Biar benar!!!

MUAR: Beberapa minggu terakhir menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13, hampir semua parti-parti politik yang bakal bertanding kini memperkemas jentera pada tahap tertinggi.

Antara aspek paling penting dalam proses kesiapsiagaan ini ialah membuka bilik gerakan di setiap pusat daerah mengundi di kawasan parlimen.

Bagi jentera Barisan Nasional, BN Parlimen Muar P.146, proses perubahan yang dialami pasca tsunami politik 2008 dijelmakan dalam gerak kerja menuju PRU-13.

BN Muar tidak membuka bilik gerakan sebaliknya mendirikan khemah gerakan di semua 33 pusat daerah mengundi dalam kawasan P.146.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, ada dua falsafah tersirat di sebalik pendekatan itu.

“Pertama, langkah ini bertujuan mewujudkan keseragaman gerak kerja kami menuju PRU-13,” kata Dato Razali.

Beliau antara lain mengakui, jentera pilihan raya BN lazimnya tidak beroperasi seawal ini dalam proses demokrasi sebelum ini.

“Falsafah kedua di sebalik pendekatan khemah gerakan ini ialah wujudnya semangat bekerja dan ada rasa tanggungjawab dan kebersamaan di kalangan anggota parti,” ujar anak jati Muar itu.

Pada masa yang sama, ia cerminan perubahan yang ditekankan oleh BN agar tidak lagi dibayangi citra atau imej elit di tengah-tengah medan politik tanahair yang sedang berubah.

BN Muar antara yang terawal menggerakkan jentera untuk medan tempur politik yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

P.146 mengandungi dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Maharani dan Sungai Balang melibatkan keseluruhan lebih 41,000 pengundi berdaftar.

Pada PRU 2008, Razali yang merupakan penyandang sejak 2004 mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,661 undi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Categories: politik
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,354 other followers